API v1

MyClaim Tracker Data API

Kadar tol dan koordinat GPS plaza tol Malaysia — data rujukan yang dikemas kini secara berkala.

Data ini dikumpul & dikemas kini secara manual oleh pasukan MyClaim Tracker drpd pelbagai sumber awam (termasuk portal data terbuka Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pekeliling perbendaharaan rasmi). API ini bukan sumber rasmi kerajaan dan disediakan atas dasar "sebagaimana adanya" (as-is), tanpa jaminan ketepatan 100% — sesuai utk rujukan/prototaip, bukan keputusan kewangan kritikal tanpa semakan sendiri.

1. Dapatkan API Key

Akses memerlukan API key berbayar (setiap key mempunyai tempoh sah, boleh dibaharui). Hubungi [email protected] untuk terma & harga.

2. Base URL & Pengesahan

https://myclaimtracker.wahyudin.dev/api/v1/toll-rates.php

Sertakan API key anda melalui salah satu cara ini pada setiap permintaan:

CaraContoh
Header (disyorkan)X-API-Key: mct_live_xxxxxxxx
Query parameter?key=mct_live_xxxxxxxx

Contoh — curl

curl -H "X-API-Key: mct_live_xxxxxxxx" \
  https://myclaimtracker.wahyudin.dev/api/v1/toll-rates.php

Contoh — JavaScript (fetch)

const res = await fetch('https://myclaimtracker.wahyudin.dev/api/v1/toll-rates.php', {
  headers: { 'X-API-Key': 'mct_live_xxxxxxxx' },
});
const data = await res.json();

3. Struktur Respons

Respons JSON (contoh dipendekkan):

{
  "version": 7,
  "tollRateOfficial": {
    "systemTypeByHighway": { "LEBUHRAYA KAJANG - SEREMBAN (LEKAS)": "open", "...": "..." },
    "codeToFullName": { "lekas": "LEBUHRAYA KAJANG - SEREMBAN (LEKAS)", "...": "..." },
    "openRates": {
      "LEBUHRAYA KAJANG - SEREMBAN (LEKAS)": {
        "AMPANGAN": [3.5, 7, 10.5, 1.8, 3]
      }
    },
    "closedRates": {
      "LEBUHRAYA UTARA - SELATAN (PLUS)": {
        "alor pongsu|||ayer hitam": [60.52, 110.7, 147.6, 30.26, 45.43]
      }
    }
  },
  "tollPlazaCoordinates": {
    "coordinates": {
      "LEBUHRAYA KAJANG - SEREMBAN (LEKAS)": {
        "AMPANGAN": [[2.7599, 101.9670]]
      }
    }
  }
}

Nota: API ini hanya dedahkan kadar tol dan koordinat GPS plaza — data elaun/formula OT-TNT (SSPA) bukan sebahagian produk API ini.

Penerangan medan

MedanPenerangan
versionNombor versi data — naik setiap kali mana-mana data berubah. Simpan nombor ni, bandingkan pd panggilan akan datang utk kesan perubahan.
tollRateOfficial.systemTypeByHighwayNama penuh lebuhraya → "open" (1 plaza/kadar tetap) atau "closed" (kadar bergantung pasangan plaza masuk+keluar).
tollRateOfficial.codeToFullNameKod ringkas (cth. lekas, aklehn) → nama penuh lebuhraya, utk padanan carian.
tollRateOfficial.openRatesLebuhraya sistem terbuka → {nama plaza → [Kelas1, Kelas2, Kelas3, Kelas4, Kelas5] dlm RM}. null = kelas tak berkenaan di plaza tu.
tollRateOfficial.closedRatesLebuhraya sistem tertutup → {"<plaza_masuk>|||<plaza_keluar>" (huruf kecil) → [Kelas1..5]}.
tollPlazaCoordinates.coordinatesLebuhraya → {nama plaza → senarai [lat, lng]}. Satu plaza boleh ada >1 titik (gerbang fizikal berasingan berkongsi 1 kadar).

4. Ralat

HTTPerrorSebab
401missing_api_keyTiada API key disertakan.
401invalid_api_keyAPI key tak dikenali.
403revoked_api_keyAPI key telah dibatalkan.
403expired_api_keyAPI key telah tamat tempoh — hubungi kami utk pembaharuan.
500server_errorRalat pelayan — cuba lagi sebentar, hubungi kami kalau berterusan.
💡 Cadangan cache: data ini jarang berubah (kemas kini manual, bukan masa-nyata). Simpan respons di sisi anda & semak version secara berkala (cth. sekali sehari) drpd panggil setiap permintaan pengguna anda sendiri.

5. Versi & Keserasian

Endpoint ini (/api/v1/) ialah kontrak stabil — struktur medan sedia ada tidak akan dipecahkan. Sebarang perubahan yg tak serasi ke belakang akan diterbitkan sbg /api/v2/ yang berasingan, dgn /api/v1/ terus berfungsi seperti biasa.

📧 Soalan, laporan pepijat, atau nak jana/perbaharui API key: [email protected]